Tempahan kini DIBUKA untuk kemasukan pada Bulan Ogos 2018
Syarat & Peraturan
Berikut adalah syarat dan peraturan yang harus dipatuhi oleh penyewa apabila bersetuju untuk menyewa D'Sutera Homestay
1.Tetamu adalah dari kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina.
2.Kami hanya menerima tetamu yang beragama Muslim sahaja.
3.Kunci akan diserahkan apabila bayaran penuh diterima secara tunai semasa check-in.
3.Resit akan diberikan dengan setiap pembayaran.
4.Waktu check in adalah pada pukul 2 petang & Waktu check out adalah pada pukul 12 tengah hari.
5.Tiada check-in daripada pukul 9 mlm – 9 pagi.
6.Tiada housekeeping harian.
7.Rumah akan dibersihkan selepas check-out.
8.Kami memohon jasa baik dan keikhlasan penyewa untuk menjaga rumah dan segala kemudahan peralatan dengan baik seperti rumah sendiri.
9.Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera dan caj akan dikenakan jika berpunca daripada kecuaian
10.Haiwan peliharaan, minuman keras dan makanan yang tidak halal sama sekali tidak dibenarkan.
11.Penyewa tidak dibenarkan membawa masuk barangan yang dilarang mengikut undang-undang negara.
12.Penyewa hendaklah sentiasa menjaga Adab-adab kejiranan dan hak-hak penduduk tetap di Taman Perumahan
13.Barangan milik penyewa adalah menjadi tangungjawab penyewa dan kami tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan dan kehilangan.
14.Sentiasa menjaga persekitaran dan kualiti kebersihan Homestay sepanjang penginapan untuk keselesaan
15.Sila cuci semua peralatan dapur yang digunakan dan kembalikan ke tempat asal
16.Jika anda ada mengubah sebarang kedudukan perabot didalam premis, sila susun kembali ketempat asal sebelum check out
17.Sekiranya pelanggan hendak membatalkan tempahan, sila maklumkan 3 hari sebelum tarikh tempahan untuk mendapatkan wang deposit kembali.
18.Penyewa yang telah membuat tempahan berserta Deposit bermakna telah bersetuju dengan syarat & peraturan di atas.
Untuk tempahan / maklumat lanjut sila hubungi @ WhatsApp:
Rezal (012-4029520)/SHILA (017-4382484)
~ TERIMA KASIH ~
...Keselesaan Dan Kepuasan Anda Keutamaan Kami...
~ SILA DATANG LAGI ~